KOTAK MUZIK | Kotak muzik ialah sejenis alat yang memainkan lagu-lagu secara automatik. | UMUM | |
NEVELSON, LOUISE | Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan perasaan senyap dan keunggulan. | UMUM | |
THEREMIN | Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini menghasilkan muzik dengan menggerakkan tangan kanannya di udara di hadapan antena yang terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920. Theremin adalah semata-mata satu keanehan muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo. Penggubah muzik untuk theremin termasuk Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse. | UMUM | |
KAMERA OBSKURA | Kamera obskura ialah kotak yang digunakan untuk melakarkan objek besar. Istilah ini bermaksud kamar gelap. | UMUM | |
RANGKA SEJUK | Rangka sejuk ialah struktur bak kotak yang dibina di atas tanah untuk melindungi tumbuhan semasa cuaca sejuk. Pekebun menggunakan rangka sejuk pada musim bunga untuk melindungi anak benih lembut yang telah bercambah sebelum permulaan musim tumbuh. Rangka sejuk juga melanjutkan musim tumbuh-tumbuhan pada musim luruh dengan melindunginya daripada fros. | UMUM | |
ZITER | Ziter ialah sejenis alat muzik bertali yang terdiri daripada kotak kayu mendatar dengan 32 helai atau lebih tali atau dawai yang direntang memanjang. Untuk dimainkan, ziter diletak di atas meja. | UMUM | Konsep |
METER GAS | Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan boleh bergerak, yang membahagikannya kepada dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat kebuk yang berasingan. | UMUM | |
DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
KECAPI | Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat pada lehernya pada sudut tajam. | UMUM | |
DULSIMER | Dulsimer ialah alat muzik bertali yang dimainkan dengan pemukul kayu. Dulsimer ini mempunyai antara 42 hingga 72 tali daripada keluli yang diregang merentasi kotak kayu yang rata, yang biasanya berbentuk trapezoid. | UMUM | |