Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1 tidak bersih; cemar: Lalat suka hinggap di tempat yg ~. 2 tidak baik (bkn perkataan, perbuatan dll); tidak senonoh; keji: Ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan perkataan yg ~. ~ mulut suka bercakap ttg perkara yg tidak senonoh. mengotori menjadikan kotor (oleh sesuatu yg bersifat kotor): Sampah sarap yg ~ lantai itu disapunya. mengotorkan 1 menyebabkan menjadi kotor (oleh seseorang dgn menggunakan sesuatu yg bersifat kotor): Sekumpulan budak nakal telah ~ lantai sekolah dgn lumpur. 2 menyebabkan sesuatu menjadi kotor atau cemar (dgn melakukan sesuatu); mencemarkan: Dia telah ~ nama baik keluarganya. kotoran sesuatu yg kotor (spt najis, sampah dll). kekotoran keadaan kotor; kecemaran: ~ udara dpt mendatangkan penyakit. pengotoran perihal (perbuatan) dsb menjadikan atau menyebabkan kotor. pengotor orang yg tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,

Peribahasa

Kotor dicuci,
     berabu dijentik.

Bermaksud :

Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAJIS

Najis, sesuatu benda yang kotor. Najis berasal daripada perkataan Arab, najasa yang bermaksud mengotorkan, menjadikan tidak suci dan tidak bersih.

AGAMAKonsep
KURAP

Kurap ialah penyakit kulit yang menyerang

anjing, kuda, biri-biri dan lembu. Kurap menyerang

haiwan yang kotor dan terbiar, yang hidup dalam

kumpulan atau dalam keadaan sesak.

UMUM 
TABU

Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat

yang dilarang oleh undang-undang atau budaya.

Perkataan taboo berasal daripada perkataan

Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna

sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor.

Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan

bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan

atau menyentuh barang larangan akan ditimpa

bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum

orang yang melanggar larangan ini dan

menyisihkannya.

UMUM 
BEKAM

BEKAM, cara pengubatan tradisional untuk mengeluarkan darah kotor atau angin daripada badan seseorang dengan menuris kepala atau belakang badan dan menghisap darah dengan tanduk atau cawan yang panas yang ditelungkupkan  pada tempat yang dituris.

BUDAYAKonsep
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas