KRAF | Kraf lihat Kraf tangan. | UMUM | |
PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA | Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan pertumbuhan, menghidupkan semula dan memperluaskan kemahiran dan tradisi kraf tangan. | UMUM | |
KULIT KRAF | Kulit kraf ialah seni membuat barangan daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh digunakan. Barangan kulit yang paling popular termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran dan perhiasan dinding. | UMUM | |
KRAF TANGAN | Kraf tangan merujuk kepada kemahiran atau seni yang khusus membuat barang-barang dengan tangan. | UMUM | |
SULAM | Seni kraf tangan | KESENIAN | Kraf Tangan |
GERAKAN SENI DAN KRAF | Pergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina. Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika. Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian. | KEJURUTERAAN | Peristiwa |
MEMBUAT BAKUL | Membuat bakul ialah seni kraf tangan yang digemari. Ramai orang menjadikan aktiviti membuat bakul sebagai hobi. Mereka menghasilkan bakul sebagai barang kegunaan dan hiasan. Orang yang membuat bakul kadangkala dikenali sebagai pembuat bakul. | UMUM | |
UKIYOE | Seni di Jepun | KESENIAN | Kraf Tangan |
PERSATUAN LIVERY | Persatuan livery adalah institusi di bandar raya London yang berkembang daripada persatuan kraf pada Zaman Pertengahan. Terdapat 84 persatuan Livery di London. | UMUM | |
KESENIAN CELT | Kesenian Celt. Orang Celt melahirkan bakat besar kesenian mereka pada seni dan kraf seperti kerja logam, seni arca, dan seramik (seni tembikar). | UMUM | |