Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.két] | کريکيت

Definisi : (krikét) sj permainan padang yg dimain­kan dgn memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola (dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.két] | کريکيت

Definisi : /krikét/ sj permainan melontar dan memukul bola serta membuat larian antara dua wiket, yg dimainkan oleh dua pasukan di atas padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kriket


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOBERS, SIR GARFIELD

Sobers, Sir Garfield (1936– ) ialah pemain

kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba

boleh yang paling terkenal dalam sejarah

permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder

yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian

dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada

mana-mana pemain Hindia Barat yang lain.

Dia juga seorang pemain kriket yang pertama

dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000

larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal,

Sobers membaling sama ada secara sederhana

deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan

membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian.

UMUM 
KRIKET

Kriket ialah permainan yang dimainkan dengan

kayu pemukul dan bola oleh dua pasukan yang

terdiri daripada 11 pemain dalam setiap pasukan.

Permainan ini terutamanya popular di Britain, dan

di banyak negara yang pernah menjadi koloni British.

Kriket dimainkan di padang rumput berbentuk

bulat atau bujur. Pergerakan tertumpu pada sebidang

padang di antara dua wiket yang dinamakan

lapangan tengah (pitch). Setiap wiket terdiri daripada

tiga kayu pancang dan dua batang kayu yang

dinamakan anak pancang yang terletak di atas kayu

pancang.

UMUM 
KRIKET PERANCIS

Kriket Perancis ialah permainan yang ringkas,

iaitu pemain hanya memerlukan sebatang kayu

pemukul dan sebiji bola lembut.

UMUM 
SIMPSON, BOBBY

Simpson, Bobby (1936– ) ialah pemain kriket

Australia, menjadi kapten pasukan Australia

dalam 39 ujian. Dia mula mengetuai Australia

pada tahun 1963. Simpson bersara pada tahun

1968 tetapi dipanggil semula bagi mengetuai

Australia melawan India pada tahun 1978 pada

umur 42 tahun. Dia bermain dalam 62 ujian dan

memungut mata larian 4869 pada purata 46.81.

Simpson seorang pelontar, pemain pertahanan,

dan pemukul yang cekap. Dia membuat 71 wiket

pada purata 42.26 dan menangkap 110 pukulan.

Robert Baddeley Simpson lahir di Sydney.

UMUM 
RICHARDS, VIV

Richards, Viv (1952– ), salah seorang

pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat

larian yang tertinggi dalam sejarah permainan

kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia

Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang

pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak”

yang berguna, dan seorang pemadang

yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards

bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian

daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian

dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang

terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan

membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St.

John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards

membuat shor sentri kelas pertamanya yang

keseratus pada tahun 1988.

UMUM 
BOTHAM, IAN

Botham, Ian (1955 – ), pemain kriket England

yang menjadi salah seorang pemain serba boleh

dalam sejarah permainan tersebut.

UMUM 
ANTIGUA DAN BARBUDA

Antigua dan Barbuda ialah negara pulau yang

merdeka di Laut Caribbean. Ia terdiri daripada

pulau-pulau Antigua, Barbuda, dan Redonda.

Kumpulan pulau ini terletak di Antilles Kecil di

Hindia Barat. Ia terletak kira-kira 48 kilometer di

utara Guadeloupe, 400 kilometer di tenggara

Puerto Rico, dan 700 kilometer di utara Venezeula .

Ibu negara Antigua ialah St. Johns dan ibu negara

Barbuda ialah Codrington. Redonda ialah pulau

yang berbatu-batu dan tidak didiami penduduk.

Antigua and Barbuda ialah tempat lahir

beberapa orang pemain kriket berbakat,

terutamanya bekas kapten pasukan – Hindia Barat

dan pemukul bola yang terkenal, Viv Richards (lihat

Richards, Viv ).

UMUM 

Kembali ke atas