Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.mi.no.lo.gi] | کريمينولوݢي

Definisi : kajian tentang jenayah, penje­nayah, perlakuan jenayah, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kriminologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KRIMINOLOGI

Kriminologi ialah kajian saintifik tentang jenayah,

penjenayah, kelakuan penjenayah dan sistem

pengadilan jenayah. Ahli kriminologi membuat

kajian yang memeriksa fakta-fakta yang berkaitan

dengan jenayah.

UMUM 
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 

Kembali ke atas