Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kristian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan

kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut

agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada

tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan

dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini

mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang

Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut

Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama

mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya

bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai

Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa

manusia boleh diselamatkan melalui Jesus.

UMUM 
AHLI SAINS KRISTIAN

Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan

agama yang menekankan penyembuhan rohaniah.

Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan

pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an.

Agama ini berpunca daripada agama Kristian

Protestan.

UMUM 
MUBALIGH KRISTIAN

Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang

berperanan mengajak memeluk dan

mempengaruhi orang ramai supaya memeluk

agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara

untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui

bidang pendidikan, kepakaran akademik,

penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain.

Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja

yang lebih dikenali sebagai kristianisasi.

UMUM 
ERA KRISTIAN

Era Kristian ialah tempoh sejak kelahiran Jesus

Christ hingga kini.

UMUM 
ATHANASIUS, SAINT

Athanasius, Saint (295?–373) ialah ketua paderi

Kristian yang utama pada zamannya. Dia seorang

yang penting kerana banyak tulisannya yang

mempertahankan agama Kristian ortodoks

daripada bidasan penganut Aria. Aria ialah mazhab

agama yang percaya bahawa Tuhan bapa sahajalah

yang betul-betul tuhan. Athanasius juga

memperkenalkan cara hidup komuniti agama

Kristian Timur yang disebut sebagai kebiaraan

kepada agama Kristian Barat.

UMUM 
SALIB

Salib ialah simbol paling lazim bagi agama

Kristian. Salib merupakan palang yang padanya

Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya

bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan

peranan utama dalam menghapuskan dosa

manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai

lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan

penganut Kristian menggunakan simbol salib

yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan

Protestan sebahagian besarnya menggunakan

salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak

dengan palang melintang yang pendek sedikit

yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak

gereja Ortodoks Timur menggunakan salib

Yunani yang mempunyai empat palang yang sama

panjang yang bertemu di tengah-tengah.

UMUM 
EDICT OF WORMSEdict of Worms iaIah satu dekri (perintah) yang mengisytiharkan pemimpin Reformasi agama Kristian, Martin Luther seorang yang menyeleweng daripada agama Kristian, dan memerintahkan supaya dia dan pengikutnya tidak diberi perlindungan undang-undang.UMUM 
AUGUSTINE, SAINT

Augustine, Saint (354–430) merupakan salah

seorang pemimpin awal gereja Kristian yang

terulung. Hasil tulisannya mempunyai pengaruh

yang kuat kepada pemikiran agama Kristian pada

Zaman Pertengahan. Idea Augustine juga diambil

oleh John Calvin, Martin Luther dan reformis

Protestan lain dalam ucapan-ucapan mereka.

Dia mempengaruhi ahli falsafah seperti

Immanuel Kant dan Blaise Pascal.

UMUM 
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh

Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM 
THEODOSIUS I

Theodosius I (346–395 M.) ialah maharaja Rom

yang melarang semua amalan pagan (bukan

Kristian) di Empayar Rom. Baginda terkenal di

kalangan penganut Kristian sebagai “yang Agung”.

Walau bagaimanapun, baginda merupakan

seorang pemerintah yang berpandangan cetek dan

telah melemahkan empayar dengan mewujudkan

banyak jawatan baru kerajaan dan menaikkan

cukai. Empayar Rom berpecah selama-lamanya

kepada empayar barat dan timur apabila

Theodosius mewasiatkan supaya empayar tersebut

dibahagikan di antara dua orang puteranya,

Honorius dan Arcadius.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas