Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.tis] | کريتيس

Definisi : 1. IB tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat meng­kritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kritis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAPORAN BIRU

LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
KESUSASTERAAN YUNANI

Kesusasteraan Yunani ialah sastera

kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh

di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi

model kepada semua kesusasteraan terkemudian

di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin.

Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis

kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik

dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei

falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat

sastera.

UMUM 
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep
RUSKIN, JOHN

Ruskin, John (1819–1900) berkemungkinan

merupakan penulis kritis Inggeris yang paling

berpengaruh pada tahun 1800-an. Tulisannya, yang

kebanyakannya meliputi bidang kesenian,

kesusas

UMUMUmum

Kembali ke atas