KRUSTASEA | Krustasea ialah haiwan invertebrat yang mempunyai banyak kaki bersendi. Krustasea tidak bertulang. Cangkerang yang dikenali sebagai rangka luar meliputi badannya. Ketam, udang krai, udang kara, dan udang geragau ialah krustasea, seperti juga teritip, pinjal air, dan kutu kayu. | UMUM | |
KOPEPOD | Kopepod ialah krustasea kecil dalam kelas Krustasea. Kopepod boleh hidup dalam air tawar atau air laut. | UMUM | |
SIKLOP | Siklop ialah krustasea air tawar. Ia mendapat namanya daripada Siklop, iaitu gergasi bermata satu di tengah kepalanya dalam mitologi Yunani. Siklop adalah krustasea kecil yang panjangnya sehingga satu milimeter. Ia hidup di dalam air tenang tasik atau kolam. | UMUM | |
PINJAL AIR | Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18 milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan melakukan pergerakan mendayung dengan sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini sering digunakan dalam ujian ubat. | UMUM | |
KUTU KAYU | Kutu kayu ialah nama sekumpulan krustasea (haiwan yang mempunyai perisai badan) yang hidup di darat yang badannya bujur leper. | UMUM | |
KAP | Kap ialah ikan yang besar dan tahan lasak. Ia boleh hidup di perairan panas, berumpai, dan mengalir perlahan yang kaya dengan krustasea, serangga, dan tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |
SHAD | Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya dan beratnya lebih daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan plankton (organisma laut mikroskopik), terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod. Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun. Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi daratan dan tidak berhijrah. | UMUM | |
TENCH | Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil. Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang, dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik, sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara, Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi 60 sentimeter panjangnya. Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca . | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |