Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat mendapatkan batu, batu loh, dll dgn cara menggerudi, menembak, dsb; ~ pasir tempat mengambil pasir; menguari mendapatkan (mengeluarkan) batu dll dr kuari: batu kapur dikuari dan digunakan utk membuat simen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuari I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUARI

Kuari, tempat batu diperoleh untuk digunakan dalam industri pembinaan.  Antara batu yang diambil termasuklah batu ubin, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan batu loh.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MENGUARI

Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal

atau timbunan batu dari bumi dan

menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari

ialah lubang besar dalam tanah tempat batu

diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk

basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan

batu loh.

UMUM 
DINAMIT

Dinamit ialah satu daripada bahan

letupan perindustrian yang paling penting. Ia

digunakan untuk meletupkan tapak empangan,

dasar terusan, lombong, kuari, dan asas bangunan

tinggi. Ia juga pernah digunakan untuk tujuan

pemusnahan dalam peperangan.

UMUM 
APENNINES

Apennines adalah nama banjaran gunung yang

menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki

negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut.

Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu

Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines

selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada

semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara

bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah

haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun.

Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914

meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak

paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di

Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri

daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang

terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal

kerana marmarnya yang berwarna putih bersih.

Lihat juga Vesuvius.

UMUM 

Kembali ke atas