Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SLESSOR, KENNETH

Slessor, Kenneth (1901–1971) ialah salah

seorang daripada pemuisi moden Australia yang

terpenting. Dia terkenal kerana membawa

kemodenan ke dalam puisi Australia selepas

tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak

mengambil peduli tentang subjek tradisi awal

Australia yang terdiri daripada pengiring,

pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia

tidak mengambil berat tentang landskap Australia.

Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan

puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran

baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih

moden dan bersifat universal berbanding pemuisi

Australia yang lebih awal.

UMUM 
BUNG TOMO

BUNG TOMO,  (1920-1981), pemimpin di Surabaya, Jawa Timur pada awal Revolusi Indonesia.  Dia lahir pada 3 Oktober 1920 di kota Arek Suroboyo, Jawa Timur, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Sutomo.  Bung Tomo daripada golongan menengah berketurunan Pangeran Diponegoro (abad ke-19).  Ibunya keturunan Jawa, Sunda dan Madura,dan memiliki semangat kebangsaan yang kuat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERSHING, JOHN JOSEPH

Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai

Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa

Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika

Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral

Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera

Amerika untuk menggantikan tenteranya yang

diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas

bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara

berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya

bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera

Amerika yang semakin kuat akan melemahkan

semangat tentera Jerman.

UMUM 

Kembali ke atas