ORANG KUBU | ORANG KUBU, suku kaum yang mendiami kawasan hutan paya, di timur Sumatera, Indonesia. Tetapi andaian bahawa nama ‘kubu’ berasal daripada perkataan ‘ngubu’ yang bererti bertahan atau memencilkan diri. Orang Kubu memang suka merantau dan mendirikan tempat kediaman mereka, seolah-olah sedang berkhemah. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KASTIL | Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat seseorang tuan tanah feudal pada Zaman Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal daripada perkataan Latin castellum, yang bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil dikenali sebagai kubu. | UMUM | |
ALHAMBRA | Alhambra ialah istana dan kubu di Granada, Sepanyol. Ia dibina oleh orang Moor di antara tahun 1248 hingga 1354. Alhambra memiliki salah satu contoh seni Moor yang terbaik di Eropah. | UMUM | |
OFFA'S DYKE | Offa’s Dyke ialah kubu tanah purba di antara England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah. Pada masa dahulu Offa’s Dyke pernah menganjur kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan. Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang. Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara Presteign dengan Montgomery. Offa’s Dyke dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796 M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt dari Wales. | UMUM | |
ACROPOLIS | Acropolis ialah pusat agama dan tentera sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah berhala dewa mereka. | UMUM | |
MENARA LONDON | Menara London ialah sekumpulan bangunan batu di East End, London, di tebing utara Sungai Thames. Ia pernah menjadi kubu, penjara dan istana. Bangunan yang paling lama iaitu menara tengah, yang dinamakan Menara Putih, dibina oleh William I, sejak akhir tahun 1000-an. | UMUM | |
ARGYLL DAN BUTE | Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland. Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah, termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa, lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya yang indah dan garis pantai yang meluas menarik ramai pelancong. Satu per empat daripada penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute, Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting termasuk pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt. | UMUM | |
KREMLIN | Kremlin ialah satu kawasan berkubu dalam bandar Rusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Rusia kreml yang bermaksud kubu. | UMUM | |
ANDRE, JOHN | Andre, John (1751–1780), pegawai Inggeris, digantung oleh Tentera Revolusi Amerika kerana menjadi perisik. Dia merupakan utusan jeneral Inggeris, Sir Henry Clinton, yang bersama-sama Benedict Arnold, mempunyai rancangan untuk merampas kubu penting orang Amerika di West Point (lihat Arnold, Benedict ). | UMUM | |
BUKIT PUTERI | BUKIT PUTERI, kubu pertahanan. Bukit ini terletak lebih kurang 728 km ke selatan Kuala Sungai Terengganu. Bukit ini merupakan kubu pertahanan bagi sultan-sultan yang memerintah Terengganu daripada serangan musuh, sama ada dari dalam mahupun luar negeri pada zaman lampau. Antara istana yang didirikan berhampiran dengan bukit ini termasuklah Istana Maziah, iaitu Istana Sultan Mansur Syah II dan Istana Hijau. Ketinggian bukit ini lebih kurang 152 m dengan keluasan 688 hektar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |