Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom, Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot. Sebahagian tembok dibina menggunakan batu dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali sebagai <i> milecastle i>(kastil sebatu)<i> , i>dibina selang sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini. <i> Vallum i>ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini. Lihat juga Tembok Rom. |