KUCHING | Kuching (pend. 368 386), ibu negeri Sarawak. Ia juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pusat kegiatan ekonomi. Kuching terletak 34 kilometer ke pedalaman Sungai Sarawak. Kuching diisytiharkan sebagai bandar raya pada tahun 1995 dan ia dibahagikan kepada dua dewan bandar raya, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan. | UMUM | |
DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA | Dewan Bandaraya Kuching Utara, penguasa tempatan yang ditubuhkan untuk mentadbir kawasan Bandaraya Kuching Utara setelah pengisytiharan Kuching sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MIRI | Miri ialah bandar raya yang ketiga terbesar di Sarawak, selepas Sibu dan Kuching. Ia dikenal sebagai bandar minyak kerana sumbangannya yang besar bagi ekonomi industri petroleum. Penempatan dan perkembangan bandar Miri tertumpu di sepanjang Sungai Miri dan di tanah pamah yang panjang, menganjur dari bandar Lutong di utara hingga ke Bakam di selatan. Miri mengalami pertumbuhan penduduk yang tinggi. Komuniti lain yang tinggal di Miri ialah Dayak, Kadazan dan bangsa Eropah. | UMUM | |
ABANG IKHWAN ABANG HAJI ZAINI | ABANG IKHWAN ABANG HAJI ZAINI, Tan Sri (1915-1978), wartawan dan ahli politik. Dia lahir di Kuching, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AJIBAH ABOL, DATUK | AJIBAH ABOL, Datuk (1921-1976), ahli politik. Dia lahir pada 23 September 1921 di Kuching, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SU'UT TAHIR, TAN SRI | Kapsyen : Su’ut Tahir SU’UT TAHIR, Tan Sri (1909-1981), penentang penjajahan British, ahli politik. Dia lahir pada 7 Jun 1909 di Kampung Masjid, Kuching, Sarawak. Su’ut mendapat pendidikan awal di Madrasah Melayu Sarawak, Kuching, hingga Darjah Enam. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah St. Thomas, Kuching, hingga Darjah Lima. Setelah tamat belajar, dia bekerja di Hospital Kuching sebagai pembantu perubatan selama lebih 20 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. | BUDAYA | Konsep |
SULAIMAN DAUD | SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 - ), ahli politik dan menteri. Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand. Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LILY EBERWEIN | LILY EBERWEIN (1900-1980), tokoh pendidikan wanita Sarawak. Dia lahir pada 11 Julai 1900 di Kuching, Sarawak. Bapanya ialah John Eberwein berketurunan Belanda Scottish, manakala ibunya ialah Maznah Ali. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Mary’s Kuching dan di Raffles Girl’s School di Singapura hingga Darjah Tujuh. Lily Eberwein memeluk agama Islam pada tahun 1913. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ROBERT JITAM | ROBERT JITAM (1905-1971), pemimpin masyarakat Dayak, Sarawak. Dia lahir pada 18 September 1905. Robert Jitam adalah anak Henry Jitam, bekas pegawai kerajaan Sarawak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah St. Thomas, Kuching hingga tamat Darjah Tujuh. Dia dilantik sebagai wakil kaum Iban yang pertama menganggotai Lembaga Perbandaran Kuching pada tahun 1948. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |