KUDAT | KUDAT, ibu negeri pertama kepada Syarikat Berpiagam British Borneo Utara (Sabah) pada tahun 1881. Kudat terletak di bahagian muara Teluk Marudu, lebih kurang 169 km di utara negeri Sabah, dan terkenal dengan nama ‘kelapa Bercabang Tiga’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
PULAU BALAMBANGAN | PULAU BALAMBANGAN, pulau yang pernah menjadi penempatan British pada abad ke-18. Pulau ini terletak di utara Teluk Marudu dan barat Pulau Banggi atau bahagian paling ke utara negeri Sabah. Pulau Balambangan dipisahkan daripada bahagian utara Semenanjung Kudat dan tanah besar negeri Sabah oleh selat sejauh 21 km dan dipisahkan dengan Pulau Banggi di bahagian barat oleh selat sejauh 5 km. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OBASIAH HAJI USMAN | OBASIAH HAJI USMAN (1959 - ), penulis. Dia lahir pada 30 Disember 1959 di Kudat, Sabah. Obasiah juga dikenal dengan nama Arnida H.O. Dia mendapat pendidik awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Dusun Lambak sebelum meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah St. Cecilia, Sandakan hingga tamat Tingkatan Lima dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |