Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dé.ta] | کوديتا

Definisi : (kudéta) rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudeta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUDETA

Kudeta ialah rampasan kuasa secara mengejut

terhadap pemerintahan sesuatu kerajaan oleh

sekumpulan perancang. Kumpulan perancang

itu biasanya terdiri daripada pegawai awam

yang mengancam dan seterusnya menggunakan

angkatan bersenjata, polis dan komunikasi

negara dalam rampasan kuasa.

UMUM 
GESTAPU

GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas