Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuiz] | کوءيز

Definisi : 1. ujian tentang pengetahuan seseorang dgn mengemukakan soalan-soalan utk di­jawab; 2. pertandingan (permainan) utk me­nguji pengetahuan seseorang, duga akal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuiz] | کوءيز

Definisi : ujian terhadap pengetahuan seseorang (dgn mengemukakan soalan-soalan utk dijawab). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuiz
Rujuk :uji, ujian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 

Kembali ke atas