KULAPUK LENDIR | Kulapuk lendir ialah kulat halus dan ringkas yang biasanya hidup di atas kayu reput dan tanah lembap. Kulapuk lendir pada tradisinya dikelaskan dalam kedua-dua alam haiwan dan alam tumbuhan. Walau bagaimanapun, ramai ahli biologi kini mengelaskannya dalam alam kulat. | UMUM | |
KULAPUK | Kulapuk ialah sejenis kulat yang kerap tumbuh pada makanan. Seperti juga cendawan, mildew, dan kulat-kulat lain, kulapuk tidak mempunyai klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan. | UMUM | |
MIKROBIOLOGI | Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk, protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion, viroid dan juga plasmid. | UMUM | |
SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas. | UMUM | |
MIKOTOKSIN | Mikotoksin adalah mana-mana satu daripada bahan kimia beracun yang dihasilkan oleh kulat-kulat. Mikotoksin terbentuk pada tanaman makanan berkulapuk dan tumbuhan lain, walaupun bukan semua kulapuk menghasilkan mikotoksin. Tanaman yang paling sering dijangkiti oleh mikotoksin termasuk jagung, padi, gandum dan kacang tanah. Makanan atau makanan haiwan ternakan yang dibuat daripada tanaman yang tercemar boleh meracuni manusia dan haiwan. Daging dan keluaran susu daripada haiwan yang telah memakan bijian yang dijangkiti juga boleh memudaratkan manusia. Agensi kerajaan di banyak negara memeriksa paras mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
STIROFOAM | Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria dan kulapuk tidak boleh merosakkannya. | UMUM | |