Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.liah] | کليه

Definisi : Ar 1. pelajaran yg disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan: setengah-setengah mahasiswa sibuk mencatat beberapa perkara yg dikemukakan dlm ~nya; bilik ~ bilik tempat menyampaikan ku­liah; 2. ceramah agama: ~ subuh; 3. fakulti yg terdapat di sesetengah universiti; 4. ark sj maktab atau sekolah tinggi; ~ guru maktab guru; berkuliah memberi kuliah, bersyarah (utk menyampaikan ilmu pengetahuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.liah] | کليه

Definisi : pelajaran yg diberikan secara lisan oleh pensyarah (mahaguru) di universiti atau di maktab; syarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuliah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL HADI W.M

ABDUL HADI W.M (1946- ), penyair sufi Indonesia. Dia banyak memberi kuliah dan ceramah di beberapa tempat di Malaysia dan  pernah dilantik sebagai Ahli Cipta pada tahun 1991 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kesempatan inilah digunakannya untuk meraih gelaran Doktor Falsafahnya.

 
SASTERAKonsep
PENA

PENA, persatuan penulis.  Nama penuh PENA ialah Persatuan Penulis Nasional Malaysia.  Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961, bertempat di Dewan Kuliah  A, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

SASTERAKegiatan
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
SAIDIN YAHYA

SAIDIN YAHYA (1922 - 1988), pelukis dan penulis.  Dia lahir di Tanjung Dawai, Kedah. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu hingga Darjah Lima (1935).   Pada tahun 1936, dia menjadi guru pelatih di sekolah Melayu di Kedah hinggalah selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Setelah lulus Senior Cambridge, pada tahun 1960, dia ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dan lulus kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia.  Dia kembali mengajar di Kulim dan Alor Setar hinggalah dia bersara pada tahun 1977.

BUDAYATokoh
NOOR S.M.NOOR S.M. (1939 -    ), penyair. Dia lahir pada 2 Disember 1939 di Masjid Tanah, Melaka. Nama sebenarnya ialah Sabtu bin Manap. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah di Masjid Tanah sehingga tamat Darjah Tujuh pada tahun 1954. Selepas beberapa bulan, Noor S.M. dilantik sebagai guru pelatih. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1955 – 1957) dan setelah tamat dia bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Melaka. Dia belajar secara persendirian sehingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 dan dia pernah mengikuti kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia tetapi tidak selesai.

 

SASTERATokoh

Kembali ke atas