KULIM HI-TECH PARK | Kulim Hi-Tech Park (KHTP) taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia. | KIMIA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN | Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin, Tun (1925– ) ialah ahli politik dan Yang Dipertua Negeri Melaka (1984–2004). Dia lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim (1932–1937). Kemudian menyambung pelajarannya di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar (1938–1947) hingga mendapat sijil Senior Cambridge. | UMUM | |
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN | SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, Tun (1925-2008), ahli politik Yang Dipertua Negeri Melaka (1984-2004). Beliau lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim (1932-1937). Kemudian, beliau menyambung pengajiannya di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, Kedah (1938-1947), hingga mendapat sijil Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUZI HADI | PUZI HADI (1951 - ), penyair. Dia lahir pada 9 Mei 1951 di Kulim, Kedah. Puzi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Alor Setar, Kedah. Nama Puzi Hadi terkenal sebagai penyair dan pendeklamasi sama ada di tanah air mahupun serantau. | SASTERA | Tokoh |
ROSMINI SHAARI | ROSMINI SHAARI (1944- ), penulis. Dia lahir pada 3 April 1944 di Kulim, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya (1963-1966). | SASTERA | Tokoh |
AZMAH NORDIN | Azmah Nordin (1958- ), penulis novel dan cerpen. Azmah dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. | SASTERA | Tokoh |
KHALID M. HUSSAIN | KHALID M. HUSSAIN (1937- ), penulis dan pengkaji teks Melayu klasik. Dia lahir pada 2 November 1937 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Khalid bin Muhammad Hussain. Dia juga menggunakan nama samaran Kalidas dan Pemerhati. | SASTERA | Tokoh |
NOORJAYA | NOORJAYA (1931 - ), penulis. Dia lahir pada 12 November 1931 di Kampung Sungai Tengas, Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Md. Noor @ Mohd. Nasir bin Salleh. Dia juga menggunakan nama samaran Noorsalihi. | SASTERA | Tokoh |
OMAR ROJIK | OMAR ROJIK (1923 - 1997), pengarah, penulis skrip dan pelakon filem. Dia lahir pada 30 November 1923 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Omar bin Ali. Dia memakai nama Omar Rojik sejak berkecimpung dalam dunia perfileman di Singapura. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Sungai Korok Lama, Alor Setar, Kedah hingga Darjah Lima. Kemudian dia meneruskan pelajarannya di St. Michael School, Alor Setar, hingga Darjah Enam. Pendidikannya tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus. | BUDAYA | Tokoh |
SAIDIN YAHYA | SAIDIN YAHYA (1922 - 1988), pelukis dan penulis. Dia lahir di Tanjung Dawai, Kedah. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu hingga Darjah Lima (1935). Pada tahun 1936, dia menjadi guru pelatih di sekolah Melayu di Kedah hinggalah selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Setelah lulus Senior Cambridge, pada tahun 1960, dia ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dan lulus kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia. Dia kembali mengajar di Kulim dan Alor Setar hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BUDAYA | Tokoh |