AKNE | Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan, terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan belakang | UMUM | |
REPTILIA | p> Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru. Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia, dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat (haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara. | UMUM | |
PERANG ORANG ASLI AMERIKA | Perang Orang Asli Amerika ialah peperangan antara Orang Asli Amerika dengan orang kulit putih untuk merebut kawasan tanah subur di Amerika Syarikat. Peperangan ganas ini dijadikan latar belakang pelbagai cerita dan legenda tentang kehidupan dan perkembangan di sempadan Amerika. | UMUM | |
ANKYLOSAURUS | Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya, yang terdiri daripada kepingan bertulang yang bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini melindungi semua bahagian tubuhnya yang terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor. | UMUM | |
KODOK | Kodok ialah haiwan kecil, tidak berekor yang hampir menyerupai katak. Kodok dan katak kedua-duanya tergolong dalam kelas haiwan yang dinamakan amfibia dan hidup sebahagiannya dalam air dan sebahagian lagi di darat. Tetapi kodok mempunyai badan yang lebih lebar, kulit yang lebih kering dan kaki belakang yang lebih pendek, kurang kuat daripada kebanyakan katak. | UMUM | |
PERTEMUAN | PERTEMUAN, novel karya A. Datuk Pamuncak Nan Sati. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1927 dan sudah pun diulang cetak sebanyak tiga kali. Cetakan yang terakhir pada tahun 1961. novel setebal 191 halaman ini mengandungi tujuh keping gambar karya Hasan Basri. Gambar kulit depan adalah tokoh utama, Masri yang cuba membunuh diri terjun ke tebing laut yang curam, tetapi berjaya ditangkap dari belakang oleh Rasdiana, kekasihnya. | SASTERA | Karya |