Addison, Thomas (1793–1860) ialah doktor British yang terkenal kerana pemeriannya tentang penyakit Addison. Addison melaporkan dalam satu kertas penyelidikan pada tahun 1855, bahawa dalam keadaan penyakit ini, kulit menjadi kuning tembaga berserta kelenjar adrenal yang berpenyakit. Dia juga memerikan anemia Addison, yang kini dikenali sebagai anemia pernisius (lihat Anemia ). Semasa hayatnya, reputasi Addison terletak pada kebolehannya yang terkemuka sebagai doktor dan guru. Ketelitiannya melakukan pemeriksaan pada pesakit dan ketepatan diagnosisnya menjadi terkenal. |