Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri daripada gelung yang diperbuat daripada papan nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan ke bahagian bertentangan. Semua tamburin mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung. Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya pada tangan yang lain, lutut atau paha dan menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary yang memainkan alat ini di dalam kumpulan pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula menggunakan tamburin pada tahun 1700-an. Lihat juga Muzik (alat muzik). |