Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kul.tus] | کولتوس

Definisi : 1. sistem pemujaan dlm upacara keagamaan; 2. kumpulan kecil orang yg men­jalankan pemujaan keagamaan seumpama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kultus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KULTUS

Kultus ialah kumpulan agama yang setia kepada

pemimpin yang masih hidup, ajaran baharu, atau

amalan yang luar biasa. Kultus berbeza-beza

saiznya daripada beberapa orang pengikut yang

hidup di bawah perintah pemimpinnya, hingga

kepada organisasi antarabangsa yang diarahkan

oleh rangkaian perintah yang kompleks. Kumpulan

seperti ini jarang menamakan diri mereka kultus

dan biasanya menolak istilah ini. Kebanyakan ahli

sejarah agama menggunakan istilah yang lebih

neutral, iaitu gerakan keagamaan baru, bukannya

kultus.

UMUM 
KULTUS KARGO

Kultus kargo ialah nama yang diberi kepada

kebanyakan kultus keagamaan yang terdahulu dan

yang tidak kekal lama di New Guinea dan bahagian

timur melalui Melanesia hingga ke Fiji.

UMUM 

Kembali ke atas