Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga mengandungi tanah dan air larian permukaan yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit. |