Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TISU

Tisu ialah sekumpulan sel yang sama-sama bekerja

untuk melakukan fungsi tertentu dalam organisma.

Kumpulan-kumpulan tisu, kemudiannya,

membentuk organ haiwan dan tumbuhan.

Tisu haiwan biasanya dibahagikan kepada

empat kumpulan: (1) tisu penghubung (2) epitelium

(3) otot dan (4) tisu saraf.

UMUM 
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah

yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada

1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan

badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya

melalui Skim Simpanan Wajib.

UMUM 
ASHANTI

Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan

paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama

kumpulan ini juga dieja Asante . Kebanyakan orang

Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang

tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan

Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah

bandar kedua terbesar di Ghana.

UMUM 
PERCIKAN PERMENUNGAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERCIKAN PERMENUNGAN, kumpulan puisi Rutam Effendi.  Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1920-an dan diulang cetak pada tahun 1953.  Kumpulan ini bersama-sama drama Bebasari dikarang oleh Rustam, sebelum dia dibuang negeri ke Belanda akibat kegiatan politiknya menentang Belanda.

SASTERAKarya
PRIMAT

Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang

terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling

hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan

lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat.

Mereka membahagikan primat kepada dua jenis

utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet,

dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang,

poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan

tikus kesturi sebagai prosimia.

UMUM 
PASIR

Pasir ialah kumpulan butir pasir atau galian kecil

yang peroi serta lebih kasar daripada kelodak atau

tanah liat. Ia juga lebih kecil daripada kelikir. Ahli-

ahli sains mentakrifkan pasir sebagai butir dengan

diameternya berukuran dari 0.06 mm hingga

2.1 mm.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM 
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
DAMAI

DAMAI, kumpulan puisi karya A.S. Amin yang ditulis antara bulan Mei 1955 hingga tahun 1961. Kumpulan ini memuatkan sebanyak 46 buah puisi dan diterbitkan oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1965. Kebanyakan puisi dalam kumpulan ini mempunyai baris yang pendek, iaitu antara 7 hingga 20 baris sahaja.

1">    

SASTERAKarya
ROKIAH WANDA

ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura.

1">           

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas