SIMON, PAUL | Simon, Paul (1942– ) ialah penyanyi, penulis lirik lagu, dan pemain gitar Amerika yang menubuhkan kumpulan muzik rakyat yang terkenal pada tahun 1960-an bersama-sama dengan rakannya semasa kecil, Art Garfunkel. Simon memulakan kariernya sebagai penyanyi solo yang berjaya pada tahun 1970-an. | UMUM | |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
KUGIRAN | KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan ‘kumpulan’, ‘gitar’ dan ‘rancak’. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MUZIK KAMAR | Muzik kamar ialah sejenis muzik klasik yang digubah untuk kumpulan ahli muzik yang kecil. Kumpulan ini dikenali sebagai ensemble dan mungkin berbeza-beza jumlah ahlinya daripada dua hingga sembilan orang pemuzik. Kebanyakan ensemble mengandungi tiga hingga lima ahli muzik yang memainkan alat bertali atau tiupan. | UMUM | |
PERBARISAN | Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu. Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk bersuka-suka atau memberi penghormatan. Anggota angkatan tentera sering berkawat pada hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana, peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni dengan pentas bergerak, kumpulan muzik, berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih. | UMUM | |
CAKLEMPONG | CAKLEMPONG, kumpulan muzik tradisional dari Minangkabau, Indonesia. Caklempong atau dikenal juga sebagai telempong dan caklempong dirujukkan kepada sejenis alat muzik yang bergema (idiofon). Persembahan caklempong diiring oleh alat muzik lain seperti bonang, rebana, gong, seruling, bangsi dan bio;a. Fungsi utama persembahan caklempong adalah untuk menghibur dan menyalurkan nilai murni. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (1896–1985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 – nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOIS | Chopin, Frédéric François (1810–1849), penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan seorang “master” dalam penggubahan muzik piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu, dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra. Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo. | UMUM | Umum |
SAIFUL BAHRI | SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat. Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO. Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik. Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta. Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960. Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio. | BUDAYA | Tokoh |
PIKOLO | Pikolo ialah alat muzik tiupan yang paling kecil dan mengeluarkan nada kelangsingan yang paling tinggi. Alat muzik ini tergolong dalam kumpulan flut atau seruling. | UMUM | |