Saint Kitts dan Nevis ialah negara pulau yang merdeka di Laut Caribbean. Wilayahnya terdiri daripada dua buah pulau, iaitu St. Kitts (juga dikenali sebagai St. Christopher) dan Nevis. Ia terletak 72 kilometer di barat laut Antigua dan Barbuda di Pulau Leeward, iaitu sebahagian daripada kumpulan Antilles Kecil Hindia Barat. Wilayah ini mempunyai kawasan seluas 261 kilometer persegi. Nevis yang terletak kira-kira tiga kilometer di tenggara St. Kitts, mempunyai kawasan seluas 93 kilometer persegi. Ibu negara rasminya, Basseterre (pend. 14 725), terletak di selatan pantai St. Kitts. Charlestown ialah ibu negeri Nevis. Dolar Caribbean Timur merupakan mata wang asasnya. |