Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kunang-kunang nama sj serangga yg bersayap dan mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kelip-kelip, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; berkunang-kunang tidak dpt melihat dgn tepat kerana terlalu pening dll; sebentar terang dan sebentar suram (ttg pandangan); berpinar-pinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunang

Puisi
 

Ayonglah si kunang-kunang,
     Ia bernama si bunga pinang;
Rosaklah di laut boleh kurenang,
     Rosak di hati tidak kusenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUNANG-KUNANG

Kunang-kunang ialah mana-mana anggota

daripada satu famili khusus kumbang berbadan

lembut yang terkenal kerana mengeluarkan

cahaya berkerlipan. Terdapat kira-kira 1900

spesies (jenis) kunang-kunang. Anggota famili

kunang-kunang hidup di semua benua kecuali di

Antartika. Banyak spesies kunang-kunang aktif pada

waktu awal malam, apabila ia boleh dilihat terbang

terawang-awang dengan senyap di padang rumput

dan laman rumput, memancarkan cahaya kuning.

UMUM 
SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN

SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN, kumpulan cerpen Umar Kayam.  Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Jakarta.  Kumpulan ini mengandungi enam cerpen iaitu “Seribu Kunang-Kunang di Manhattan”, “Isteriku, Madame Schlitz dan Sang Raksasa”, “Sybil”, “Secangkir Kopi dan Sepotong Donat”, “Chief Sitting Bull” dan “There Goes Tatum”.

SASTERAKarya

Kembali ke atas