Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.ci] | کونچي

Definisi : 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ci] | کونچي

Definisi : ; temu ~ sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, temu kecil, Gastrochilus panduratum (Kaempferia pandurata); ~ fatima sj tumbuhan, pokok pinggang, selusuh fatimah, Labisia pothoina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ci] | کونچي

Definisi : 1 alat yg terdiri drpd mangga (induknya) dan pembukanya utk mengancing pintu dll. 2 = anak ~ alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. 3 = ibu ~ alat yg dipasangkan pd pintu dll dan dpt dibuka dgn anak kunci; mangga. 4 alat yg membuat sesuatu (spt jam, barang mainan) berjalan. ~ kira-kira penyata yg menunjukkan kedudukan atau keadaan harta dan tanggungan (hutang piutang) pemilik pd sesuatu tarikh. berkunci 1 memakai kunci. 2 ditutup atau dikancing dgn kunci: Saya tidak dpt memasuki rumah itu sebab pintunya ~. mengunci menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. terkunci 1 tertutup dan berkunci (bkn pintu dll); terkancing. 2 terperangkap dlm bilik dll yg berkunci. 3 ki tidak dpt melakukan sesuatu: mulutnya ~ tidak dpt berkata-kata (kerana terkejut dll). pengunci alat utk mengunci; pengancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anak kunci jahat,
     peti derhaka.

Bermaksud :

Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUNCI WAKTU

Kunci waktu. Kunci kombinasi ini tidak boleh

dibuka kecuali pada waktu yang tertentu seperti

yang telah dilaraskan bagi kunci tersebut. Terdapat

dua jenis kunci waktu. Yang pertama banyak

digunakan di dalam bilik kebal bank. Kunci ini

dilaraskan pada waktu yang tertentu. Hanya pada

waktu tersebut sahaja kombinasi yang didail akan

membuka kunci.

UMUM 
KUNCI AIR

Kunci air lihat Terusan (Pintu air terusan).

UMUM 
NADA

Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk

menerangkan nada kunci komposisi muzik itu

dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C

mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat

nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan

kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut.

Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci

atau tonik, dan nada itu mendapat namanya daripada

nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major

dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci.

Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang

membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada

alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano

atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci.

Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk

menghasilkan bunyi.

UMUM 
MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri ialah mesin yang

mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila

duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke

dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai

jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi,

aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin

layan diri boleh digunakan 24 jam sehari.

UMUM 
SPENGLER, OSWALD

Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah

sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West

(1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada

sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan

ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam

kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih

daripada kaedah sejarah yang tetap, dia

merumuskan bahawa tamadun Barat sedang

menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa

tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di

Blankenburg.

UMUM 
MEMBACA

Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan

makna daripada perkataan bercetak atau bertulis.

Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan

satu daripada kemahiran yang paling penting

dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah

kunci kepada semua jenis maklumat. Ia

membolehkan kita mempelajari cara membina

atau memasang benda, menikmati cerita,

mengetahui kepercayaan orang lain, melatih

imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina

idea dan kepercayaan kita sendiri.

UMUM 
PICKETT, GEORGE EDWARD

Pickett, George Edward (1825–1875) adalah

tentera Jeneral Gabungan dalam Perang Saudara

Amerika. Peranannya dalam Pertempuran

Gettysburg meletakkannya dalam kedudukan

sebagai salah satu peristiwa besar dalam sejarah

Amerika. Pada 3 Julai 1863, Cemetery Ridge

merupakan satu kunci utama kepada kedudukan

Tentera Kesatuan. Pasukan tentera pimpinan Pickett

menyerbu ke atas bukit ketika menghadapi bedilan

senjata berat yang hebat dan berjaya memecahkan

barisan Tentera Kesatuan. Para askar berjuang

bermati-matian tanpa sebarang bantuan daripada

negeri-negeri Gabungan yang lain. Akhirnya

tenteranya berundur setelah mengalami kekalahan

teruk.

UMUM 

Kembali ke atas