Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang lain ialah <I>bindweed, bunga bulan, scammony I>dan <I>keledek. I>Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan mempunyai pelbagai warna dan campuran warna ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh direndam dalam air semalaman untuk melembutkan selaput bijinya dan memudahkannya bercambah. Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18 sentimeter diameternya. Bunganya berwarna bercampur-campur warna samar dan ungu. |