Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.di] | کوندي

Definisi : Mn sj biji saga yg digunakan utk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundi

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KURIK KUNDI MERAH SAGA

KURIK KUNDI MERAH SAGA,  kumpulan pantun lisan Melayu. Kumpulan ini mengandungi 5653 rangkap pantun. Semua pantun dalam kumpulan ini mula dirakam pada akhir tahun 1985 di seluruh Malaysia, kecuali  Pulau Pinang. Kumpulan pantun ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas