KUPANG | Kupang ialah haiwan air yang badan lembutnya di dalam cangkerang keras. Kupang hidup dalam laut dan dalam air tawar. Cangkerangnya terdiri daripada dua keping cangkerang dan dinamakan <I>injap. I>Injap ini dicantumkan oleh sendi dan boleh dibuka dan ditutup. | UMUM | |
DIALEK MELAYU KUPANG | DIALEK MELAYU KUPANG, dialek yang dituturkan sebagai bahasa perhubungan di bandar Kupang Pulau Timor, Indonesia sejak tahun 1676. Dialek ini digunakan sebagai bahasa perniagaan dan bahasa pentadbiran berbagai-bagai kaum terutamanya orang Pulau Roti yang datang ke Kupang dan mempengaruhi pembentukan bahasa Melayu di sana. | BAHASA | Bahasa |
MOLUSKA | Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong, dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan moluska mempunyai cangkerang keras yang melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai <i>tulangi> <i> sotong i> pada sotong katak dan <i>pen i>pada sotong. Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang langsung. Untuk maklumat lanjut tentang cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk, lihat Cangkerang. | UMUM | |
OYSTERCATCHER | Oystercatcher ialah nama beberapa spesies burung randuk yang tinggal di pantai di kebanyakan bahagian di dunia. Nama ini diberi kerana paruh <i> oystercatcher i> yang bertepi tajam dan berbentuk pahat, yang digunakannya untuk mengopek cangkerang moluska seperti kupang dan tiram, dan untuk mencungkil berangas daripada batu. | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA | DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA, dialek yang digunakan di wilayah yang terbentang lebih1000 km dari Pulau Lombok di sebelah barat hingga Pulau Timor di sebelah timur, mengikuti alur gunung berapi yang membentuk pelbagai pulau. Di kepulauan yang luas itu, terdapat tiga dialek Melayu iaitu dialek Lombok, Larantuka dan Kupang. Walaupun ketiga-tiganya dituturkan di kepulauan yang sama, sejarah, latar belakang dan ciri-ciri setiap dialek itu adalah berbeza. Kesemuanya dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh golongan minoriti tetapi nampaknya hanya dialek Kupang sahaja yang berfungsi sebagai bahasa perhubungan di kawasan tertentu. | BAHASA | Bahasa |