KUPU-KUPU TENGKORAK | Kupu-kupu tengkorak ialah kupu-kupu besar yang badannya gemuk dan berbulu. Banyak kepercayaan karut timbul kerana badannya bercorak seperti tengkorak. Kupu-kupu tengkorak adalah sejenis kupu-kupu lang (lihat Kupu-kupu lang). | UMUM | |
KUPU-KUPU CODLING | Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil berwarna perang dan gangsa. Beluncas kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear, kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia. | UMUM | |
KUPU-KUPU LANG | Kupu-kupu lang ialah anggota famili kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu <I>sfinksI>. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat, bergaris arus; kepak depan yang langsing dan kepak belakang yang kecil. | UMUM | |
KUPU-KUPU PIC | Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik perang. Ia juga dikenali sebagai <I>kupu-kupu I> <I>buah Timur I>kerana ia dikatakan berasal dari Jepun. Ia adalah satu daripada perosak pic yang paling serius. | UMUM | |
KUPU-KUPU CAWAN | Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana kakinya pendek. | UMUM | |
KUPU-KUPU GIPSI | Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan daun pokok daun lebar dan daun jejarum. Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam beberapa tahun berturut-turut. Beluncas kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya pokok oak. | UMUM | |
KUPU-KUPU MAHARAJA | Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8 sentimeter. | UMUM | |
KUPU-KUPU | Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai jenis serangga yang berkait rapat dengan rama- rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap - sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang <I>sayap I>belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan serangga <I>LepidopteraI>. Nama <I>Lepidoptera I>berasal daripada perkataan Yunani: <I>lepis I>yang bermaksud sisik dan <I>pteronI>, bermaksud <I>sayap. I>Nama tersebut merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu. | UMUM | |
KUPU-KUPU EKOR PERANG | Kupu-kupu ekor perang ialah spesies Dunia Lama yang diperkenalkan ke timur Amerika Utara. Ia ialah perosak pokok buah. Sayap kupu-kupu ini lebarnya kira-kira 3.8 sentimeter. Ia berwarna putih dengan abdomennya berwarna perang yang jambak bulunya berwarna perang. Kupu-kupu jantan dan betina terbang dengan baik. | UMUM | |
SYAIR KUPU-KUPU | SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford. | SASTERA | Konsep |