Sumer, sebuah kawasan purba di selatan Mesopotamia (kini tenggara Iraq), iaitu tempat lahir tamadun dunia yang pertama. Tamadun ini bermula lebih kurang pada tahun 1500 S.M. dan berkembang hingga lebih kurang tahun 2000 S.M. Ia kemudian diserap oleh empayar Babylon dan Assyria yang hebat. Orang Sumer mencipta sistem penulisan pertama dunia, iaitu satu set perkataan bergambar. Sistem ini berkembang menjadi sejenis tulisan yang dikenali sebagai tulisan pepaku. Ia menggunakan simbol yang terdiri daripada tanda-tanda segi tiga. Tulisan pepaku ini digunakan untuk menulis pelbagai bahasa di seluruh kawasan barat daya Asia pada zaman purba. |