Nektarin ialah sejenis pic yang berkulit licin. Nektarin biasanya berwarna kuning kemerahan yang lebih pekat daripada pic, dan rasanya lebih manis sedikit. Pic dan nektarin kedua-duanya tergolong dalam spesies yang sama dan berasal dari China kira-kira 2500 tahun yang lalu. Seperti pic, nektarin, terutamanya ditanam di tempat yang beriklim Mediterranean. Ia juga boleh ditanam jauh ke utara di kawasan yang teduh. Di tanah yang kurang subur, tanaman ini mungkin dicantumkan dengan stok akar yang lebih tahan lasak seperti kacukan pic/badam baka kacukan. Pengelasan saintifik. Nektarin tergolong dalam spesies pic Prunus persica . Ia adalah P. persica var . nectarina . Lihat juga Pic. |