SINDROM KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT | Sindrom kurang daya tahan penyakit lihat AIDS. | UMUM | |
ALLOSAURUS | Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu. Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya lebih kurang 1.8 tan metrik. | UMUM | |
KELESUAN | Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan. Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh, kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat. Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit jasmani sering berasa lesu walaupun hanya selepas membuat kerja ringan atau menggunakan sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat yang banyak, sering kali jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat. Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku jika seseorang itu menghidap banyak jenis penyakit. | UMUM | |
SEPAT BUNGA | Sepat bunga ialah nama bagi lebih kurang 25 spesies ikan yang kecil, memanjang yang terdapat di perairan tropika dan panas. Kebanyakan sepat bunga lebih kurang 15 sentimeter panjangnya, mempunyai sirip dorsal yang panjang dan sirip dubur yang panjang, yang bertemu di hujung ekor yang runcing. | UMUM | |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
PULAU BATHURST | Pulau Bathurst terletak di Laut Timor, lebih kurang 70 kilometer ke barat laut Darwin. Pulau ini dipisahkan dari Pulau Melville oleh Selat Apsley yang lebih kurang 1.5 kilometer lebar. | UMUM | |
SUNGAI RHINE | Sungai Rhine ialah jalan air pedalaman yang terpenting di Eropah. Panjang sungai ini lebih kurang 1320 kilometer dan merupakan saliran air bagi kawasan yang luasnya lebih kurang 224 600 kilometer persegi. Sungai ini bermula di sebelah timur Switzerland. Ia membentuk sebahagian sempadan Switzerland, Liechtenstein, Austria, Perancis, dan Jerman. Sungai ini mengalir melalui Jerman dan Belanda dan masuk ke Laut Utara. Walaupun terdapat beberapa masalah pencemaran daripada bahan buangan perindustrian, sebahagian Sungai Rhine ini amat cantik dan menarik banyak pelancong. Bagi orang Jerman, Sungai Rhine merupakan lambang sejarah kebangsaan mereka. Beberapa legenda orang Jerman berkait dengan sungai ini. | UMUM | |
STRATOSFERA | Stratosfera ialah suatu lapisan atmosfera bumi. Ia terletak di atas troposfera, iaitu lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi. Stratosfera bermula lebih kurang 10 kilometer di atas permukaan bumi di kawasan kutub dan lebih kurang 16 kilometer di kawasan khatulistiwa. Sempadan atasnya yang dikenali sebagai stratopaus, terletak pada ketinggian lebih kurang 48 kilometer. | UMUM | |
ZAMAN PLEISTOSEN | Zaman Pleistosen ialah tempoh zaman geologi dalam sejarah bumi. Ramai ahli sains bumi percaya zaman ini bermula lebih kurang dua juta tahun yang lalu dan berakhir lebih kurang 10 000 tahun lepas. | UMUM | |
TITI | Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan. Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi jantan dan betina lebih kurang sama besarnya. Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan serangga. | UMUM | |