KUALA KURAU | KUALA KURAU, kawasan yang terletak di utara Perak dan namanya mula disebut pada awal abad ke-18. Kuala Kurau terletak di kawasan yang berdekatan dengan daerah Dinding yang sangat kaya dengan bijih timah dan dikatakan Kuala Kurau sebagai tempat untuk menyeludup bijih timah kepada saudagar asing. Oleh itu, Kuala Kurau sentiasa menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan pembesar Perak, tetapi juga di kalangan keluarga diraja Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
HARUN MOHD. AMIN | Harun Mohd Amin (1907-1986), penulis dan nasionalis. Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1907 di Teluk Kurau, Singapura. | SASTERA | Tokoh |
WAHI ANNUAR | WAHI ANNUAR (1913-1995), Ketua Satu Ikatan Pembela Tanahair (PETA), pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Haji Awang, manakala nama timangannya semasa kecil ialah Wan Chik. Dia lahir di Kuala Kurau, Perak. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Anglo-Chinese Boy’s School, Parit Buntar. Kemudian dia belajar di King Edward School, Taiping hingga Darjah Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DJAMAL TUKIMIN | DJAMAL TUKIMIN (1946 - ), penulis dan aktivis budaya Singapura. Dia lahir pada 20 Oktober 1946 di Geylang Serai, Singapura. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Teluk Kurau, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Singlap dan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang. Djamal tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap sejak meninggalkan bangku sekolah. | SASTERA | Tokoh |
ABDUL AZIZ ISHAK | Abdul Aziz Ishak (1914-1999), wartawan dan Menteri Pertanian (1957-1962). Beliau dilahirkan pada 21 September 1914 di Trong, Perak. Selepas mendapat pendidikan di Kuala Kurau, Perak dan Sekolah Menengah Jeram, Kuala Selangor, beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Beliau turut mengikuti kursus sambil bekerja di Pusat Penyelidikan Ikan, Singapura. Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pegawai perikanan di Port Dickson, Kuantan, Kuala Lumpur dan Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |