JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM, | JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM, sebuah jabatan dalam Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1970, semasa Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan, salah satu jabatan sulung yang diwujudkan ialah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk menyelenggarakan kursus – kursus dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pada bulan Disember 1972, jabatan ini dinaikkan tarafnya sebagai satu fakulti dengan nama Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu), untuk meliputi tugas yang lebih luas. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
BAHAGIAN BAHASA MELAYU USM | BAHAGIAN BAHASA MELAYU USM, bahagian yang menawarkan kursus Bahasa Melayu kepada guru Bahasa Melayu. Bahagian ini ditubuhkan pada sidang akademik 1980/81 dalam Unit Bahasa Universiti Sains Malaysia. | BAHASA | Konsep |
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI | PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika. Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia. Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969. setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini. Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
MUSLIM BURMAT | MUSLIM BURMAT (1943- ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London. | SASTERA | Tokoh |
INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM | Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), institusi pendidikan Islam yang memberikan pelajaran dan pengajaran Islam serta kursus intensif, latihan dakwah, dan kepimpinan kepada saudara baharu dan anak-anak mereka khususnya di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
ROSIHAN ANWAR | ROSIHAN ANWAR (1922- ), wartawan Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1922 di Kubang Nan Dua, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Hollandsch Inlandsche School (HIS), Padang. Pada tahun 1935, dia meneruskan pelajarannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) dan tamat pada tahun 1939. Rosihan kemudian melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middlebare School (AMS), Jurusan A (bahagian Kesusasteraan Klasik Barat) di Yogyakarta, Jawa Tengah dan tamat pada tahun 1942. Dia pernah mengikuti kursus drama di Yale University, New Haven pada tahun 1950 dan kursus kewartawanan di School of Journalism di Columbia, New York pada tahun 1954. | SASTERA | Tokoh |
NH. DINI | NH.DINI (1939 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 Februari 1936) di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Nurhayati Sri Hardini. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) dalam jurusan sastera di Semarang pada tahun 1956. Dia juga pernah mengikuti kursus jurusan Sejarah pada tahun 1957. Setelah mengikuti kursus pramugari Garuda Indonesia Airline (GIA), dia bekerja sebagai pramugari darat di Lapangan Terbang Kemayoran, Jakarta dari tahun 1957 hingga tahun 1960. | SASTERA | Tokoh |
NGUMBA | NGUMBA (1918 – 1982), penyair dan ahli politik. Dia lahir pada 15 Oktober 1918 di Mersing, Johor. Nama sebenarnya ialah Embong bin Yahya. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Mersing sebelum mengikuti kursus penguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak dari tahun 1937 hingga tahun 1940. Selepas tamat belajar dia bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Air Molek, Melaka. Dia terus berkhidmat sebagai guru pada masa pendudukan Jepun hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dia mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor. | SASTERA | Tokoh |
OTHMAN PUTEH | OTHMAN PUTEH, (1944 - ), penulis dan pengiat sastera. Dia lahir pada 5 Januari 1944 di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Melaka. Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru, Melaka (1950 – 1956). Kemudian dia meneruskan pelajaran menengah dengan memasuki kelas peralihan di St. Francis Institution, Melaka hingga memperoleh Sijil Federation of Malaya (FMS). Selepas itu dia mengikuti kursus penguruan di Maktab Penguruan Kota Bharu, Kelantan (1963). Tiga bulan kemudian, dia dipindahkan ke Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1963 – 1964). Setelah tamat kursus, dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka (1965 – Mei 1973). | SASTERA | Tokoh |
SHAFIE ABDULLAH, DATO' | SHAFIE ABDULLAH, Tan Sri (1925- ), penulis. Dia lahir pada 25 Julai 1925 di Jitra, Kedah. Shafie menerima pendidikan di Sekolah Melayu Jitra dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Senior Cambridge. Dia juga pernah menerima pendidikan Inggeris dan Jepun. Kemudian Shafie melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, dia mengajar di Sekolah menengah Hamzah, Machang, Kelantan. Shafie pernah mengikuti kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia, (USM), Pulau Pinang. | SASTERA | Tokoh |