Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.run] | قرون

Definisi : jangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yg lampau; ~ Masihi kurun yg mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; ~ yg kesembilan belas jangka waktu dr tahun 1801 hingga tahun 1900; berkurun-kurun beratus-ratus tahun, ber­abad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.run] | قرون

Definisi : masa seratus tahun; abad: Agama Islam telah wujud di dunia ini sejak empat belas ~ yg lalu. ~ kedua puluh masa antara tahun 1901 hingga tahun 2000. ~ Masihi kurun yg dikira sejak tarikh lahirnya Nabi Isa. berkurun-kurun beratus-ratus tahun; berabad-abad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurun (kata nama)
Bersinonim dengan abad, seratus tahun, masa seratus tahun;,
Kata Terbitan : berkurun,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHUN LOMPAT

Tahun lompat, mempunyai 366 hari atau lebih

satu hari berbanding dengan satu tahun biasa.

Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali

kecuali tahun yang menandakan ratus yang genap

misalnya 1500. Satu-satunya tahun kurun yang

merupakan tahun lompat ialah tahun yang boleh

dibahagikan secara genap dengan 400, seperti

tahun 1600 dan 2000. Tahun lompat ditambahkan

kepada kalendar untuk menjadikan tahun kalendar

hampir sama seperti tahun suria, iaitu masa yang

diambil untuk matahari melepasi garisan ekuinoks

musim bunga sebanyak dua kali. Hari yang

berlebihan itu ditambah pada penghujung bulan

Februari iaitu 29 Februari, sekali setiap empat

tahun. Lihat Tahun .

UMUM 
STROMBOLI

Stromboli ialah sebuah pulau di Laut Tyrrhenian di

luar pantai timur laut Sicily (lihat Itali [peta muka

bumi]). Pulau ini meliputi lebih kurang 12 kilometer

persegi dan mempunyai 386 orang penduduk.

Stromboli terkenal kerana gunung berapinya yang

menjulang setinggi 924 meter. Gunung berapi ini

ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil gunung

berapi di Eropah yang sentiasa aktif. Penulis zaman

purba pernah melaporkan aktiviti gunung berapi ini

berkurun-kurun yang lalu. Ledakan gunung berapi

yang membawa kemusnahan jarang-jarang berlaku

di Stromboli kerana laharnya mengalir bebas, dan

tidak mengumpulkan tekanan dalaman yang boleh

menyebabkan ledakan dahsyat.

UMUM 
LONG YUNUS

LONG YUNUS ( ?  -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
IQNA'

Iqna’, kitab fiqah karya Muhammad bin Ahmad al-Syarbini al-Khatib, ulama mazhab Syafii dari Mesir yang hidup pada kurun ke-10.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas