Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STILT

Stilt ialah burung randuk berkaki panjang, kurus.

Kaki yang kurus ini menjadikan burung ini

kelihatan seperti berjalan di atas jangkungan (stilt

dalam bahasa Inggeris). Stilt berkaitan dengan

avocet, dan ia tinggal di Hemisfera Timur dan

Barat. Kakinya biasanya berwarna samar terang.

Paruhnya yang nipis, runcing berwarna hitam. Stilt

lebih kurang 40 sentimeter panjangnya. Stilt

bersayap hitam luas taburannya di Hemisfera Utara

dan Selatan. Stilt berjalur di Australia mempunyai

kaki berwarna kuning. Stilt membina sarang

dengan melapik tempat yang rendah di atas tanah

dengan rumput. Stilt betina bertelur tiga atau

empat biji telur berwarna zaitun atau krim dan

berbintik-bintik coklat. Stilt hidup di kawasan yang

panas, di sepanjang kolam yang cetek di paya air

tawar dan air masin. Lihat juga Avoset.

UMUM 
RINGTAIL

Ringtail yang kurus dan lincah tergolong dalam

famili rakun. Haiwan ini mempunyai tubuh berbulu

kelabu perang yang berukuran 30 hingga 40

sentimeter panjang. Ekornya yang gebu berukuran

35 hingga 45 sentimeter panjang dan berbelang,

jalur hitam dan putih. Ia mempunyai hidung yang

tajam dan telinga serta mata yang besar.

UMUM 
TENTAKEL

Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di

kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu.

Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan

atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur

menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa

sebagai makanan.

Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska

(Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong .

UMUM 
MARTEN

Marten ialah mamalia kurus, diliputi bulu, yang

kelihatan seperti weasel. Ia hidup di Asia, Eropah

dan Utara Amerika.

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 
SERA

Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar

lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus,

tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat

kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan

yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera

jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu.

Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada

waktu senja.

UMUM 
PRONGHORN

Pronghorn ialah haiwan berhuf yang hidup di

Amerika Utara. Badannya gempal, telinganya besar,

kakinya kurus dan ekornya pendek. Warnanya

berbeza-beza daripada perang cerah hingga kepada

perang kemerahan. Ia mempunyai sedikit bulu putih

pada bahagian bawah, pinggul, sisi muka dan

lehernya.

UMUM 
SILIUM

Silium ialah struktur halus bak rambut yang

mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah

kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus

hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi

mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat

pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang

menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang

berombak dalam organ ini menolak keluar habuk,

bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya

bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air,

sel yang mengandungi silium mengipas air yang

mengandungi makanan dan oksigen ke dalam

haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu

mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ

deria dan sebagai cara bergerak.

Lihat juga Protozoa (Siliat).

UMUM 
TIMOTI

Timoti juga dikenali sebagai rumput meadow ,

ialah rumput yang ditanam terutamanya untuk

dijadikan rumput kering. Ia tumbuh berumpun

lebih kurang 50 sentimeter hingga 100 sentimeter

tingginya. Batangnya yang kurus, daunnya

mempunyai spika bulat pada bunga yang kecil,

padat. Timoti adalah tumbuhan musim sejuk yang

berasal dari utara Eropah dan Asia.

UMUM 
NARCISSUS

Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang

pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai

wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh

menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo.

Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa-

dewa menghukum Narcissus supaya merenung

ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam

kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari

dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan

kasih pada bayangannya sehingga dia semakin

kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar

untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai

sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus.

Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap

Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara

di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat

dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita

dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid.

UMUM 
12

Kembali ke atas