Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kus.ta] | کوستا

Definisi : sj penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian­bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kus.ta] | کوستا

Definisi : , = penyakit ~ penyakit yg dpt menyebabkan anggota atau tubuh menjadi lumpuh atau cacat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kusta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUSTA

Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen,

ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik.

Penyakit ini khususnya menyerang bahagian kulit;

membran mukus, terutamanya dalam hidung; dan

sistem saraf periferal, yang merangkumi saraf yang

menghubungkan saraf tunjang dengan otot-otot.

Pada peringkat lanjut penyakit ini, fungsi mata, hati,

limpa, otot, dan sumsum tulang juga boleh terjejas.

Kusta biasanya tidak membawa maut. Walau

bagaimanapun, pesakit yang tidak dijaga atau

dirawat boleh mengalami kecacatan pada bentuk

tangan dan kaki.

UMUM 
TERESA, MOTHER

Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati

Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada

orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of

the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa

mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India.

Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of

Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan

bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan

dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim,

pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit

kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan

pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50

buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah

cawangan di negara lain.

UMUM 
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas