Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.til] | کوتيل

Definisi : sj jerawat atau bintil kecil pd kulit; sekutil seketil, sangat sedikit; mengutil mengetil, mengotes, mengunggis, menggigit sedikit-sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.til] | کوتيل

Definisi : bintil kecil spt jerawat pd kulit. mengutil mengambil (menggigit, memakan) sedikit-sedikit. sekutil sedikit sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUTIL

Kutil atau ketuat ialah ketumbuhan keras dan

kasar yang terdapat pada permukaan kulit. Bentuk,

saiz, dan bilangan kutil berbeza-beza dan ia boleh

tumbuh di mana-mana sahaja pada kulit. Bahkan ia

boleh muncul pada bibir atau lidah.

UMUM 
ARGENTUM NITRAT

Argentum nitrat ialah bahan kimia yang

digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya

ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia

boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan

yang teruk atau mengakibatkan maut apabila

terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat

untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan

pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang

kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat

cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang

tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara

mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat

dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak

daripada buta.

UMUM 

Kembali ke atas