KYOTO | Kyoto (pend. 1 461 103) ialah salah sebuah bandar terbesar di Jepun. Bandar ini terletak di Pulau Honshu, kira-kira 45 kilometer ke pedalaman dari pusat perindustrian Osaka (lihat Jepun [peta politik]). Kyoto ialah ibu kota negara Jepun, dari tahun 794 M hingga tahun 1868, dan bandar ini banyak menyimpan khazanah kebudayaan semula jadi negara itu. | UMUM | |
KABUKI | Kabuki ialah seni pentas tradisional Jepun. Kabuki yang bermula pada akhir abad ke-16 di Kyoto, dicipta oleh Okuni, seorang wanita dari Tokong Izumo. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI | EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |