Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang berkepalakan lembu jantan dan berbadankan manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri dari Labirin dengan menggunakan benang yang diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos, Ariadne. |