Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bu] | لابو

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat), Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun, pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~ merah = ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita moschata; ~ besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita maxima; ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo; 2. = labu-labu a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 3. Id sj botol yg besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya); ~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak dara lagi); melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2. menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. = memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis, memperolok-olokkan, memperdayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bu] | لابو

Definisi : 1 pelbagai jenis herba memanjat atau menjalar dan buahnya boleh dibuat sayur, Cucurbita spp.. 2 = labu-labu buyung bekas air; kendi. melabu 1 menyerupai labu (bkn perut dsb); membuncit. 2 ki mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis; menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labu
Kata Terbitan : memperlabu,

Puisi
 

Labu putik di Tanjung Jati,
     Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
     Belum puas ditinggal pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti labu dibenam.

Bermaksud :

Sangat congkak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANGLUNG LABU

Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan

kepada labu kosong yang mata, hidung, dan

mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu

biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari

Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu

ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang

seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini

juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap

bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah

berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai

tanglung labu.

Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen.

UMUM 
LABU KUNING UMUM 
LABU BULU UMUM 
LABU UMUM 
KOTA KUBANG LABUKOTA KUBANG LABU, salah sebuah kota terawal yang dibuka di Kelantan dan menjadi pusat pentadbiran negeri itu pada masa pemerintahan Tuan Sulung sekitar tahun 1702. Nama kota  ini dipercayai bersesuaian dengan adanya sebuah kubang yang besar dan di tebingnya ditanam pokok labu. Pada tahun 1980-an, kubang ini masih boleh dikesan walaupun airnya sudah kering kecuali pada musim banjir.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KALABAS

Kalabas ialah sejenis labu yang tumbuh pada

pokok memanjat di kawasan tropika. Ia ditanam

untuk buahnya yang berkulit keras yang digunakan

untuk membuat botol air, paip, sudu alat muzik.

UMUM 
TEMBIKAI

Tembikai ialah nama buah daripada beberapa

jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu.

Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan

batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau

memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut

pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah

daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti

gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat

atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya

sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30

sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4

kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada

samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau

muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna

hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah.

UMUM 
GEDOMBAK

GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand.

BUDAYAAlat/Alatan
SITAR

Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India

atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di

utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar

mempunyai leher yang panjang dan lebar yang

dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah

pear yang dibuat daripada buah labu yang besar.

Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli

muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang

dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai

12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila

tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh

laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher

sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan

penjarian bagi

tangan kiri.

UMUM 
BINGKA

BINGKA, sejenis kuih yang dibakar.  Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu.  Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung.  Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka.

BUDAYAMakanan
12

Kembali ke atas