TANGLUNG LABU | Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan kepada labu kosong yang mata, hidung, dan mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai tanglung labu. Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen. | UMUM | |
LABU KUNING | | UMUM | |
LABU BULU | | UMUM | |
LABU | | UMUM | |
KOTA KUBANG LABU | KOTA KUBANG LABU, salah sebuah kota terawal yang dibuka di Kelantan dan menjadi pusat pentadbiran negeri itu pada masa pemerintahan Tuan Sulung sekitar tahun 1702. Nama kota ini dipercayai bersesuaian dengan adanya sebuah kubang yang besar dan di tebingnya ditanam pokok labu. Pada tahun 1980-an, kubang ini masih boleh dikesan walaupun airnya sudah kering kecuali pada musim banjir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KALABAS | Kalabas ialah sejenis labu yang tumbuh pada pokok memanjat di kawasan tropika. Ia ditanam untuk buahnya yang berkulit keras yang digunakan untuk membuat botol air, paip, sudu alat muzik. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
GEDOMBAK | GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SITAR | Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar mempunyai leher yang panjang dan lebar yang dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah pear yang dibuat daripada buah labu yang besar. Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai 12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan penjarian bagi tangan kiri. | UMUM | |
BINGKA | BINGKA, sejenis kuih yang dibakar. Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu. Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung. Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka. | BUDAYA | Makanan |