Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; parang ~ sj parang yg lebar dan melengkung di tengah-tengah; ~ tajam sebelah prb orang yg mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi; ~ tak tahu akan majalnya prb orang yg tidak insaf akan keadaan dirinya; belakang (punggung) ~ kalau diasah lama-lama tajam juga prb orang bodoh kalau diajar dgn baik akan men­jadi pandai juga; mencencangkan ~ patah prb berbangga dgn sesuatu yg tidak ada harga­nya (yg telah hilang harganya); memakuk dgn belakang (punggung) ~ prb membuat permintaan atau pertanyaan yg menyakiti hati orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lading I

Peribahasa

Mencencangkan sesuatu lading yang hilang.

Bermaksud :

Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LADING

LADING,  pengangkutan air yang diperbuat daripada batang kayu panjang yang di keruk untuk dijadikan ruang duduk penumpang. Lading juga dikenal sebagai jalur, penak atau melangbing. Lading berbentuk tirus di hujung dan di pangkal, dan bahagian tengahnya lebih lebar.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
PIROGUE

Pirogue ialah kanu atau perahu lading khas yang

digunakan untuk menangkap ikan di Teluk

Mexico . Pirogue Louisiana ialah perahu yang

diperbuat daripada batang pokok sipres tetapi

bahagian bawahnya rata.

UMUM 
TUMBUK LADATUMBUK LADA, sejenis senjata untuk menikam.  Tumbuk lada yang terdapat di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatera dan ia dianggap senjata yang istimewa, terutama sekali bagi suku kaum Minangkabau.  Senjata ini dikenali dengan panggilan nama tumbuk lading.  Di Negeri Sembilan dan di Minangkabau, senjata ini dipakai oleh datuk-datuk dan pegawai masyarakat berpangkat rendah sebagai senjata istiadat.BUDAYAAlat/Alatan
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas