MERPATI PUTIH TERBANG LAGI | MERPATI PUTIH TERBANG LAGI, NOVEL KARYA Khadijah Hashim. Novel ini dicetak pada tahun 1972 (cetakan pertama) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka anjuran kerajaan Malaysia pada tahun 1967. | SASTERA | Karya |
TASIK TURKANA | Tasik Turkana ialah tasik yang panjang lagi sempit di kawasan tengah timur Afrika. Sebahagian besar tasik ini terletak di utara Kenya. Hujung di utaranya menganjur ke selatan Ethiopia. Untuk lokasi, lihat Kenya (peta). Tasik ini meliputi kawasan seluas 6405 kilometer persegi. | UMUM | |
MALAKIT | Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik. Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah 2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau epal hingga kepada kelabu-hijau gelap. | UMUM | |
SIMPULAN BAHASA | rangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu. | BAHASA | Konsep |
DYFED | Dyfed ialah kaunti terbesar di Wales. Ia tidak lagi menjadi sebagai kawasan kerajaan tempatan pada bulan April 1996. Dyfed terletak di barat laut Wales. | UMUM | |
ANTRIM, KAUNTI | Antrim, Kaunti ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti Ireland Utara. Ia membentuk sudut timur laut pulau Ireland. Antrim tidak lagi menjadi kawasan pentadbiran apabila kerajaan tempatan disusun semula pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan masih menganggap Antrim penting dari segi sejarah. Mengikut banci pada tahun 1971, kaunti lama mempunyai 335 716 orang penduduk. Kerajaan tidak lagi membanci penduduk yang tinggal di sempadan kaunti lama. | UMUM | |
SASTERA TULISAN | SASTERA TULISAN, sastera yang disampaikan melalui tulisan lagi dinyatakan secara pertuturan seperti yang dilakukan pada sastera lisan. Sastera tulisan memerlukan tulisan sebagai alat untuk merakam hasil karya. Sastera ini sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu.
| SASTERA | Konsep |
AYAM HUTAN | Ayam hutan ialah burung liar yang berbadan sederhana pendek lagi gempal. Walaupun berasal dari Eropah dan Asia, namun ayam hutan sudah diperkenalkan secara meluas ke beberapa buah negeri lain. | UMUM | |
MONTENEGRO | Montenegro ialah salah sebuah daripada dua republik di Yugoslavia. Yang satu lagi ialah Serbia. Pada tahun 1918, Montenegro menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovena yang kemudian dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia disusun semula sebagai sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam buah republik. Di antara bulan Jun 1991 dan bulan Mac 1992, empat daripadanya, iaitu Bosnia- Herzegovina (juga dinamakan Bosnia dan Hercegovina), Croatia, Macedonia dan Slovenia mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Montenegro bersatu dengan Serbia untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia baru yang lebih kecil. | UMUM | |
PLATIPUS | Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri. Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik kerana mempunyai muncung yang lebar, leper, dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik. | UMUM | |