PERÓN, JUAN DOMINGO | Perón, Juan Domingo (1895–1974) ialah presiden Argentina dari tahun 1946 hingga tahun 1955. Dia sekali lagi menjadi presiden pada tahun 1973. Pemberontakan tentera telah menamatkan jawatan presiden pertamanya pada tahun 1955 dan dia meninggalkan Argentina. Tetapi dia kembali pada tahun 1973 dan dipilih sebagai presiden pada tahun tersebut. Dia menjadi presiden sehingga kematiannya pada tahun 1974. | UMUM | |
DISRAELI, BENJAMIN | Disraeli, Benjamin (1804–1881) ialah salah seorang pemimpin politik British yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Great Britain pada tahun 1868 dan sekali lagi dari tahun 1874 hingga tahun 1880. | UMUM | |
ROSEBERY, EARL OF | Rosebery, Earl of (1847–1929) ialah Perdana Menteri Britain pada tahun 1894 dan tahun 1895. Ahli parti Liberal yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Luar di bawah William Gladstone pada tahun 1886 dan sekali lagi dari tahun 1892 hingga tahun 1894. | UMUM | |
SAHARA BARAT | Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir barat laut benua Afrika yang terletak di antara Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik. Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak itu, peperangan terus berlaku antara puak pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai Polisario Front yang menganggap gurun tersebut negara berasingan dan mereka menolak untuk bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka. | UMUM | |
SEVASTOPOL | Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam, di bahagian barat daya Semenanjung Krimea di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta). Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea. Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918, semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika Perang Dunia II telah memusnahkan bandar tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar bandar ini telah didirikan semula. | UMUM | |
MAKARIOS III | Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan sekali lagi menjadi presiden sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki telah menawan sebahagian besar bahagian timur laut Cyprus. | UMUM | |
AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE | Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884– 1981), marsyal medan perang British yang bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia II (1939–1945), dia menjadi ketua komander untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941 dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun 1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan senjata. Namun, Auchinleck tetap mara menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur. Dia mengumpulkan semua tenteranya di belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan komandernya sebelum dia sempat bertindak. Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England. | UMUM | |
HARI SURIA | Hari suria, tempoh masa yang diambil untuk menyaksikan matahari melintas garis meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya. | FIZIK | Fenomena |
HARI SEDERIUS | Hari sederius, masa yang diambil untuk bintang yang sama melintas meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya. | FIZIK | Fenomena |
UJIAN TOKOKAN TEKANAN | Kaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |