LAGUN | | UMUM | |
TASIK MACQUARIE | Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira 100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik Macquarie sebuah tempat percutian popular yang menyediakan kemudahan bermain bot dan memancing yang sangat baik. | UMUM | |
ABIDJAN | Abidjan (pend.1 850 000 ) ialah ibu negara dan bandar terbesar Ivory Coast. Ia juga salah sebuah pelabuhan yang paling sibuk di bahagian barat Afrika. Bandar ini terletak di pinggir sebuah lagun di bahagian selatan negara itu. Sebatang terusan menghubungi lagun dengan Teluk Guinea, yang merupakan sebahagian Lautan Atlantik (lihat Ivory Coast [peta]). | UMUM | |
ENEWETAK | Enewetak ialah atol yang terpencil di timur laut Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik. Enewetak terdiri daripada 40 buah pulau kecil yang rendah dan berpasir yang mengelilingi sebuah lagun. | UMUM | |
DIAMANTINA | Diamantina ialah salah sebuah sungai dari sistem Tasik Eyre di Australia. Ia berpunca dari Banjaran Kirby di tengah Queensland dan mengalir sejauh 900 kilometer melalui cerun landai di kawasan desa sebelum masuk ke Lagun Goyder yang terletak di timur laut Australia Selatan. | UMUM | |
ATOL | Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang . | UMUM | |
KWAJALEIN | Kwajalein (pend. 6624) adalah satu daripada atol (lingkaran pulau karang) yang terbesar di dunia. Ia terletak di Kepulauan Marshall di tengah Lautan Pasifik. Kwajalein mempunyai lebih daripada 90 pulau, dengan keluasan tanah berjumlah lebih kurang 16 kilometer persegi. Ukur lilitnya ialah 306 kilometer, dan ia melingkari lagun yang mempunyai keluasan lebih kurang 2175 kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |